MUSOLLA RAUDHOTUL JANNAH
VISI
Musolla Raudhotul Jannah SK Batu Maung, Sebagai Pusat Ilmu Dalam Membina
Modal Insan Berkualiti Dunia Akhirat.
MISI
Musolla Raudhotul Jannah SK Batu Maung Merealisasikan Fungsi Musolla Sebagai Pelengkap Pembelajaran Dan Memupuk Nurani Menuju Keredhaan Ilahi.
MATLAMAT
Matlamat Musolla Raudhotul Jannah SK Batu Maung ialah untuk melahirkan muslim yang berilmu, berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara.
OBJEKTIF
1) Memupuk minat dan sikap murid SKBM bagi memanfaatkan musolla sebagai pusat kegiatan ilmu dan ibadah.
2) Mengimarahkan musolla dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang menarik dan berkesan.
3) Mewujudkan musolla mithali yang menekankan budaya ilmu dan pembinaan insan.
4) Membantu murid menyelesaikan permasalahan keagamaan dan isu-isu semasa.
5) Melaksanakan pengurusan musolla dengan efisyen dan sistematik.
2) Mengimarahkan musolla dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang menarik dan berkesan.
3) Mewujudkan musolla mithali yang menekankan budaya ilmu dan pembinaan insan.
4) Membantu murid menyelesaikan permasalahan keagamaan dan isu-isu semasa.
5) Melaksanakan pengurusan musolla dengan efisyen dan sistematik.
PIAGAM PELANGGAN
Pihak pengurusan Musolla Raudhotul Jannah beriltizam untuk menjadikan Musolla sebagai:
1) Menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh murid-murid dalam membina modal insan yang sempurna.
2) Memastikan semua murid muslim memperolehi ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah yang sempurna.
3) Memaksimumkan penggunaan musolla untuk pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
4) Pengurusan yang bersistematik dan berkualiti dalam mengadakan aktiviti keagamaan.
5) Musolla mithali yang menekankan budaya ilmu dan pembinaan modal insan.
6) Memastikan musolla sebagai satu tempat ibadah yang kondusif dan selesa.
ERTI RAUDHOTUL JANNAH
R - Redha dengan ketentuan Ilahi.
A - Al-Quran dan As-Sunnah jadi panduan
U - Ulamak warisatul ambiya'
D - Dosa dan pahala diambil kira
H - Hidup mulia atau mati syahid
O - Orang Islam bersaudara
T - Taawun sesama kita
U - Usaha tangga kejayaan.
L - Lahirkan warga SKBM yang Soleh Bestari.
J - Jangan buang masa
A - Amal setelah ada ilmu dan iman
N - Nawaitul mesti lillahi Taala
N - Nanti jadi ibadat
A - Amalan terpuji jadi ikutan
H - Hanya Allah tempat kembali
No comments:
Post a Comment