Friday, 24 June 2016
Thursday, 23 June 2016
Pertandingan Qasidah Sekolah Rendah 2016
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Mengimbas kembali penglibatan murid-murid SK Batu Maung dalam pertandingan Qasidah sekolah rendah pada 9 April 2016 yang lalu. Pertandingan ini diadakan di Mydin Mall Bukit Mertajam.
Walaupun pasukan SKBM tidak berpeluang merangkul juara, namun pujian perlu diberikan di atas kesungguhan peserta dan juga guru-guru yang bertungkus-lumus menjalani latihan.
Tahun hadapan cuba lagi buat yang terbaik.
Majlis Iftar Jama'ie Dan Sambutan Nuzul Al-Quran 2016
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Pada hari Selasa 21 Jun 2016, pihak musolla, panitia Agama Islam dan warga SKBM telah menganjurkan majlis Iftar Jama'ie dan sambutan Nuzul Al-Quran. Majlis ini dihadiri oleh murid-murid tahun 6, guru-guru dan ibubapa.
Ceramah tentang sambutan Nuzul Al-Quran juga turut diadakan dan telah disampaikan oleh seorang ustaz jemputan iaitu Ustaz Alrizuady B. Abdul Rahman.
Diharap dengan adanya program sebegini, dapat mengeratkan ikatan silaturrahim antara murid-murid, ibubapa dan juga guru-guru.
Tadarus Al - Quran Sepanjang Ramadhan 2016
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini, pihak musolla menganjurkan program Tadarus Al-Quran bagi mengisi 20 minit waktu rehat murid-murid sesi pagi dan juga petang.
Program berjalan lancar dengan pemantauan bacaan Al-Quran oleh guru-guru yang bertugas mengikut kelas yang telah ditetapkan oleh AJK Panitia Agama Islam dan juga musolla.
Solat Zohor Perdana
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Setiap hari Rabu pihak musolla SKBM akan mengadakan Solat Zohor Perdana di perkarangan dewan terbuka SKBM. Program ini dikendalikan oleh Encik Ahmad Mushir B. Che Rose serta beberapa orang guru yang mengendalikan solat bersama murid-murid.
Diharap program sebegini dapat menanam minat murid-murid untuk solat berjemaah, bukan sahaja di sekolah, malah di rumah dan luar waktu sekolah.
Tuesday, 21 June 2016
JAWATANKUASA PROJEK IMARAH MUSOLLA RAUDHOTUL JANNAH 2016
JAWATANKUASA PROJEK IMARAH MUSOLLA RAUDHOTUL JANNAH 2016
Pengerusi
Puan Noor’in bt Abdul Rahman
Naib Pengerusi
En Zaidi bin Ismail
Pn Rafi’ah bt Ismail
Pn Dalia bt Johari
Pn Nor Asiah bt Nordin
Penyelaras 1
Pn. Rafeah bt Yusoff
Penyelaras 2
Pn Ruzzana bt Abdul Rashid
Setiausaha
Pn Safiharina bt Ismail
Setiausaha 2
Cik Noorina bt Hassan
Bendahari
Cik Rohani bt Awang Hamat
Unit Keceriaan dan Kebersihan
Cik Masturina bt Md Azani
En Saiful Hadi bin Abdul Karim
En Mohd Hisham Fazli bin Rosili
Pn Azhani Azad bt Mat Akhir
Pn Kumutha a/p Ganapathi
Pn S.Ganthimathee a/p Sithamparam
Cik Yogeswari a/p Thangamani
Cik Yeoh Yee Teng
Pn. Siow Koi fong
Pn Rusliza bt Abdul Wahab
Pn Siti Zulaiha bt Mohd Zin
Pn Farihin bt Mohamad Razi
Dana dan Sumbangan
Pn Normarini bt Musa
En Norzaimi bin Md Isa
Pn Noriza bt Othman
Perpustakaan mini
Pn. Nurmaiza bt Abdul Hamid
Pn. Salwa bt Khairuddin
Pn. Khadijah bt Md Isa
Pn. Rasul Meerah bt Mohd Eusoff
Pn. Norhayati bt Yusoff
Papan Kenyataan
Pn. Mastura bt Mohd Noor
Pn. Norshafina bt Mohd Noor
Pn. Norlaila bt Abdul Rahman
Imam dan Bilal
En Ahmad Mushir bin Che Rose (K)
En Mohd Fauzan bin Salleh
En Mohd Zaki bin Sadni @ Abdul Muin
Kerohanian dan Dakwah
Pn. Wan Saudah bt Wan Wook @ Wan Musa (K)
Pn. Dalilah bt Zabidi
En Imtiaz Ahmad bin Ghulam Kadir
Inventori dan stok
Pn Norafisah bt Mat Junoh (K)
Pn Azani bt Abdullah
Blog dan Media
Cik Noorina bt Hassan (K)
Pn Norhaida bt Ahmed
Cik Lydia Choo Jui Yin
Projek Inovasi
Pn Rosliza bt Abu Bakar (K)
En Soon Chiang Anak Endu
En Saiful Nizam bin Saad
Pn Hazliza bt Zakaria
Sunday, 12 June 2016
Congkak Berzikir
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Pada tahun ini Musolla Raudhotul Jannah SKBM mendapat idea baru melalui Congkak Berzikir bagi menggalakkan murid-murid atau sesiapa saja yang menggunakan musolla berzikir sambil bermain..
Permainan ini yang diambil daripada permainan tradisional masyarakat Melayu merupakan permainan yang menguji kecekapan berfikir pemainnya.. Diharap dengan adanya congkak zikir ini, ramai yang mendapat manfaatnya.
MATLAMAT
1. Masa lapang kanak-kanak yang banyak haruslah diisi dengan aktiviti yang bermanfaat dan boleh membentuk jiwa serta kerohanian sebagai muslim mukmin yang unggul.
2. Melatih anak-anak SKBM menjadi anak yang pintar Matematik serta sentiasa mengharapkan pergantungan diri dengan Al-Khalik iaitu yang Maha Pencipta.
3. Mengeratkan silatulrahim sesama anak-anak SKBM khasnya serta warga SKBM amnya disamping memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
PENGENALAN CONGKAK BERZIKIR
Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli.
Namun Musolla Raudhotul Jannah menampilkan permainan yang sama namun di sulamkan dengan zikir, dalam ertikata Bermain Sambil Berzikir.
ASAS PERMAINAN CONGKAK BERZIKIR
Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.
Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'.
Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm. (bergantung kepada cita rasa sendiri/pemiliknya). Dua orang pemain diperlukan dan berkedudukan mengadap satu sama lain.
Untuk memulakan permainan, biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap kampung dengan sama banyak dan rumah dibiarkan kosong.
Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati.
'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati.
Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan.
Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.
Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".
GIANT POSTER
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Selamat berpuasa bagi semua umat Islam yang membaca blog ini ya.. Walau pun berpuasa, Musolla Raudhotul Jannah SKBM terus diceriakan dan ditambah baik bagi menyertai pertandingan musolla untuk tahun 2016..
Pemasangan poster bersaiz besar di musolla diharap dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh warga SKBM.
Pemasangan poster bersaiz besar di musolla diharap dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh warga SKBM.
Subscribe to:
Posts (Atom)