Sunday, 7 August 2016

Ceramah Motivasi UPSR Murid Tahun 6 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Pada hari Jumaat, 5 Ogos 2016 yang lepas, pihak kaunseling dengan kerjasama musolla, telah menganjurkan satu program ceramah motivasi khas kepada murid-murid tahun 6 yang akan mengambil UPSR tidak lama lagi. Program dimulakan selepas bacaan Yassin pada pagi Jumaat.


Program ini diharap dapat memberi impak yang positif kepada semua peserta bagi menghadapi UPSR nanti. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Ezzar bin Mohd Kamal, kaunselor dari SK Mutiara Perdana.








Senarai Sekolah Layak Ke Peringkat Akhir Anugerah Surau Imarah 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..


Keputusan sekolah manakah yang layak ke peringkat akhir bagi Anugerah Surau Imarah sekolah-sekolah Pulau Pinang 2016 telah pun diumumkan. Namun nasib tidak memihak kepada Musolla Raudhotul Jannah untuk ke peringkat seterusnya. 


Tetapi pujian harus diberikan kepada semua ajk musolla yang telah mencantikkan musolla SKBM sejak tahun lepas lagi. Semoga dengan perubahan yang telah dibuat akan mengimarahkan musolla Raudhotul Jannah. 


Berikut ialah senarai sekolah-sekolah yang berjaya ke peringkat akhir.


SURAU SEKOLAH RENDAH: 

SK MACHANG BUBOK 2
SK BUKIT GAMBIR
SK SUNGAI DUA
SK SERI TASEK
SK TELUK BAHANG


SURAU SEKOLAH MENENGAH: 

SMK PENANTI
SMK ABDULLAH MUNSHI
SMK SRI MUDA
SMK SUNGAI ACHEH
SMK BATU MAUNG


MUSOLLA SEKOLAH RENDAH: 

SK BANDAR BARU PERDA
SK MINDEN HEIGHT
SK KAMPUNG SELAMAT
SK BAKAP INDAH
SK BAYAN BARU


MUSOLLA SEKOLAH MENENGAH:

SMK BANDAR BARU PERDA
SMKA (P) ALMASHOOR
SMK DESA MURNI
SMK TUNKU ABDUL RAHMAN
SMK BAYAN LEPAS


Syabas dan tahniah diucapkan.




Wednesday, 27 July 2016

Lawatan Pegawai PPD Barat Daya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Pada hari ini, Rabu 27 Julai 2016, pihak musolla telah menerima kunjungan dua orang pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Barat Daya. Kunjungan Ustaz Ahmad Nasri bin Abd Rashid dan juga Ustaz Ahmad Majdi bin Yusoff bertujuan untuk melihat serta menilai Musolla Raudhotul Jannah bagi pertandingan surau imarah 2016. 


Lawatan ini diiringi oleh Ustazah Ruzzana bt Abdul Rashid, Ustazah Safiharina bt Ismail serta Ustazah Rafiah bt Yusof selaku ahli jawatankuasa musolla.





Sudut Inovasi Musolla Raudhotul Jannah SKBM

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Pihak musolla telah bekerjasama dengan warga sekolah bagi menyediakan sudut inovasi di bawah laluan tangga ke surau di blok C. Beberapa bahan bacaan dan carta maklumat pengetahuan am juga disediakan bagi kemudahan murid-murid mengisi masa lapang. 






Diharap sudut inovasi ini dapat memberi manfaat kepada murid-murid dan juga warga sekolah.

Tuesday, 26 July 2016

Sambutan Hari Raya SKBM

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Pada 16 Julai 2016 yang lepas, pihak SKBM telah meraikan semua warga sekolah dengan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya. Semua murid dibenarkan memakai pakaian raya dan membawa kuih raya bagi memeriahkan majlis.











Pelbagai juadah seperti nasi impit, kuah kacang, satay dan juga bihun goreng disediakan untuk semua murid. Lagu - lagu raya juga berkumandang sepanjang majlis berlangsung bagi memeriahkan suasana.


Monday, 25 July 2016

Majlis Khatam Al-Quran & Sumbangan Aidilfitri 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..


Mengimbas kembali, sebelum bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri, pihak sekolah telah mengadakan majlis Khatam Al-Quran dan penyampaian sumbangan bagi murid yang memerlukan.. Majlis telah berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua pihak..








Thursday, 23 June 2016

Pertandingan Qasidah Sekolah Rendah 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..


Mengimbas kembali penglibatan murid-murid SK Batu Maung dalam pertandingan Qasidah sekolah rendah pada 9 April 2016 yang lalu. Pertandingan ini diadakan di Mydin Mall Bukit Mertajam. 


Walaupun pasukan SKBM tidak berpeluang merangkul juara, namun pujian perlu diberikan di atas kesungguhan peserta dan juga guru-guru yang bertungkus-lumus menjalani latihan. 


Tahun hadapan cuba lagi buat yang terbaik. 







Proses Menghasilkan Congkak Berzikir

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Mari kita lihat bagaimana congkak berzikir 
dihasilkan oleh warga kerja SKBM.











Program 1 Murid 1 Selipar & 1 Murid 1 Telekung

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..


Antara program yang pihak musolla jalankan ialah 1 murid 1 selipar dan juga 1 murid 1 telekung. Pelancaran program telah diadakan pada 22 April 2016. Diharap progam ini dapat dilaksanakan demi keselesaan murid-murid SKBM.











Majlis Iftar Jama'ie Dan Sambutan Nuzul Al-Quran 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..


Pada hari Selasa 21 Jun 2016, pihak musolla, panitia Agama Islam dan warga SKBM telah menganjurkan majlis Iftar Jama'ie dan sambutan Nuzul Al-Quran. Majlis ini dihadiri oleh murid-murid tahun 6, guru-guru dan ibubapa. 


Ceramah tentang sambutan Nuzul Al-Quran juga turut diadakan dan telah disampaikan oleh seorang ustaz jemputan iaitu Ustaz Alrizuady B. Abdul Rahman. 










Diharap dengan adanya program sebegini, dapat mengeratkan ikatan silaturrahim antara murid-murid, ibubapa dan juga guru-guru.



Tadarus Al - Quran Sepanjang Ramadhan 2016

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..


Sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini, pihak musolla menganjurkan program Tadarus Al-Quran bagi mengisi 20 minit waktu rehat murid-murid sesi pagi dan juga petang. 


Program berjalan lancar dengan pemantauan bacaan Al-Quran oleh guru-guru yang bertugas mengikut kelas yang telah ditetapkan oleh AJK Panitia Agama Islam dan juga musolla.





Solat Zohor Perdana

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..


Setiap hari Rabu pihak musolla SKBM akan mengadakan Solat Zohor Perdana di perkarangan dewan terbuka SKBM. Program ini dikendalikan oleh Encik Ahmad Mushir B. Che Rose serta beberapa orang guru yang mengendalikan solat bersama murid-murid.












Diharap program sebegini dapat menanam minat murid-murid untuk solat berjemaah, bukan sahaja di sekolah, malah di rumah dan luar waktu sekolah.